1 Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan Yang Sedap

Bayam Brazil Segar

Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan antara banyak-banyak resipi yang boleh anda cuba. Daun bayam jenis ini tidak sama dengan bayam biasa dan ianya lebih keras dan rangup.

Boleh jadi anda masak dengan menumis, dibuat sup mahupun digoreng. Anda boleh mencuba bayam brazil goreng tepung. Ini juga antara yang popular di kalangan netizen.

Tetapi, kali ini saya kongsikan resipi perkongsian dari sahabat Facebook iaitu Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan.

Baca juga : 17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.

17 Khasiat Bayam Brazil, Senang Ditanam Dan Sedap Dimakan.

Ianya amat mudah dicuba sendiri dan sedap.

Bayam Brazil segar mudah di tanam

Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan

BAHAN-BAHAN:

  • Bayam Brazil – bersihkan
  • 6 biji cili besar + cili padi – jika suka pedas, lebihkan cili padi.
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit udang kering atau ikan bilis
  • Sedikit belacan – letak lebih jika mahu rasa lebih sedap
  • Sedikit jus perahan lemon atau jus asam jawa
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
Resipi Bayam Brazil Goreng Belacan – Kredit

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masak. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering.
3. Masukkan belacan, perasa, garam, gula dan sedikit sahaja perahan lemon atau air asam jawa. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sayur bayam. Gaul hingga rata dan rencah bersalut pada sayur.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Robakyah Che Ros

Cara Menanam Bayam Brazil 

https://www.youtube.com/watch?v=ypW0HgqZTsA  

Anda boleh rujuk Kategori Petanian untuk maklumat lain ya.

Jangan lupa Subscribe Channel YOUTUBE saya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *