Kepantasan capaian internet menggunakan Wifi Hotel adalah antara faktor yang menjadi pilihan saya untuk menginap. Minggu lepas saya ke Sandakan dan menginap di MJ Hotel.
Kelajuan internet di hotel ini amat memuaskan kerana banyak menyenangkan saya untuk memuatnaik video yang saya edit ke channel Youtube saya. (korang kena Subscribe ya!)
Kelajuan Wifi Hotel – MJ Hotel Sandakan
Kelajuan ‘download’ melebihi 30mbps dan ‘upload’ melebihi 20mbps.
Ianya memadai dan saya amat berpuas hati selain biliknya yang luas dan bersih serta pancuran air bilik mandinya cukup kuat dan melegakan.
Harga bilik juga murah. Bawah RM100 dan puas hati.
Keterangan lanjut MJ Hotel ini boleh rujuk di sini.
Galeri Gambar MJ Hotel, Sandakan
Teruskan sokong blog ini, boleh lihat banyak lagi artikel di PELANCONGAN
Wah, best dapat internet yang laju. Kawasan perumahan saya masih lagi guna wayar tembaga dengan kelajuan 10Mbps.
ya bro. mmg best.. upload video 1 GB pun sekejap jer