Cara Paling Mudah Buang Background Gambar

Cara Paling Mudah Buang Background Gambar

Cara Paling Mudah Buang Background Gambar – Cuma beberapa klik, ‘background’ gambar hilang.

Saya masih ingat lagi, 5 tahun lepas saya sangat suka membuat kerja suntingan grafik. Di situlah saya terpaksa mempelajari menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop. Memang mengambil masa juga untuk memahirkan diri.

Namun pada masa kini, semua kerja yang berasaskan suntingan menggunakan komputer tidak perlu lagi pening-pening kepala. Ada saja cara yang boleh memudahkan kerja. Cuma kita perlu rajin mencari atau bertanya kepada yang mahir. Banyak blog ataupun video tutorial di Youtube boleh dijadikan rujukan.

Dengana adanya cara suntingan pantas begini, sedikit sebanyak akan membantu para peniaga online, pencipta konten dan sesiapa sahaja yang perlu dan sudah pasti mereka sangat suka dengan cara yang akan saya kongsikan.

Buang Background Gambar Dengan removebg

Ada banyak perisian atau laman web perkhidmatan secara dalam talian untuk buang background gambar, Namun kali ini saya ingin kongsikan sebuah laman web iaitu ‘removebg’.  Ianya boleh digunakan terus secara dalam talian atau membuat pemasangan di komputer anda. [link muat turun].  Saya lebih suka guna terus dari laman web.

Anda tidak perlu kemahiran tinggi. Cuma pilih gambar, klik, klik, klik dan seterusnya gambar sudah siap untuk dimuatturun untuk digunakan. Ianya sangat mudah. Muat turun gambar saiz biasa (percuma) atau saiz HD (berbayar).

Ini contoh gambar yang boleh dibuang background dan kemudian diubah mengikut pilihan masing-masing.

Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4

Ini pula adalah gambar yang saya edit sendiri menggunakan removebg. Saya sangat teruja dengan hasilnya. Sangat mudah buang background gambar dan juga sangat pantas.

Gambar Asal
Gambar Dibuang Background
Gambar Ditambah Background Baru
Gambar Di’blur’ Level 1
Gambar Di’blur’ Level 2
Gambar Di’blur’ Level 3

Macam mana? Menarik bukan? Jom cuba sendiri!

URL: https://www.remove.bg/ 

11 Comments on “Cara Paling Mudah Buang Background Gambar”

  1. Wow interesting. Next time boleh cuba buang background ni sebab kadang2 background tak cantik tapi subjek kat depan cantik.

  2. Comel la akak edit gambar anak tu. Saya bab nak crop photo yang rasa tak smooth. Mesti tak kemas. Nanti nak try la website akak guna ni. Macam mudah je. Hehe.

  3. Nice la senang nak buang background pasnie. Hurm. Terus terfikir nak design my own business card dan guna gambar from my last photoshoot. Thanks sebab share link dia

  4. Lepas ni banyak lah gambar yang ada background pelik-pelik bila dah tahu cara mudah nak edit macam ni nice sharing bagus berguna hehehehehe…

  5. Yes ahh, Nell pun guna online web apps ni bila nak remove background of the picture! Really recommended kan, plus size after remove pun kinda of maintain juga.. tak reduce teruk2..

  6. Baru tau ni, terima kasih perkongsiannya, jarang=jarang ada orang nak share tau.. nanti boleh cuba buat walau Sis ni tak rajin nak edit gambar hehehe

  7. wahhh thank you for this sharing. mmg dh lama nak tahu cara2 buang background gambar. guna cara lain dan agak renyah sikit. cara nie nampak mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *