5 Kumpulan Sasar Projek Pertanian Bandar Boleh Mohon Peruntukan Sekarang.

Projek Pertanian Bandar - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

5 Kumpulan Sasar Projek Pertanian Bandar Boleh Mohon Peruntukan Sekarang –  Selaras dengan hasrat kerajaan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi iaitu ke arah peningkatan pendapatan dan pengurangan kos sara hidup penduduk.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Pertanian Malaysia di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.

Program seumpama ini, mampu menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan negara.

Projek Pertanian Bandar - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
Projek Pertanian Bandar – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Sumber

Kelayakan Pemohon Projek Pertanian Bandar

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dab terhad satu permohonan sahaja.
  • Berminat melaksanakan projek/aktiviti pertanian.
  • Sedia memberikan komitmen sepenuhnya.

Kategori Pemohon

  • Kategori Komuniti –  dilaksanakan di sekitar kediaman dengan penyertaan minima 10 peserta.
  • Kategori Individu – dilakukan pada kawasan kediaman masing-masing.

Kumpulan Sasar Projek

  • Belia
  • NGO
  • Perumahan (Bandar & Pinggir Bandar)
  • Institusi (Kerajaan/Swasta)
  • Komuniti (Luar bandar)

Bentuk Bantuan/Insentif (*one-off)

  • Input Pertanian
  • Latihan
  • Khidmat Nasihat

Permohonan Projek Pertanian Bandar

Sehubungan itu, borang permohonan Program Pertanian Bandar ini boleh didapati di laman web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my. Pegawai pertanian akan datang membuat lawatan bagi menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan jenis bantuan/insentif yang akan diberikan.

Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2020.

Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia

Rujukan di Facebook : https://www.facebook.com/pertanianbandardoa/

Berita Berkaitan

Projek Pertanian Bandar - Kredit Berita Harian
Projek Pertanian Bandar – Kredit :  Berita Harian ( Foto NSTP/Eizairi Shamsudin)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan RM10 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan untuk menggerakkan lebih ramai menyertai program itu.

Beliau berkata golongan B40 terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan menyertai program itu secara berkumpulan dengan mengusahakan tanaman jangka pendek terutama sayur-sayuran.

“Saya berharap kejayaan yang dicapai Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, Kampung Datuk Keramat ini akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk menceburi perusahaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan… bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tapi juga untuk dijual di pasar,” katanya.

Kiandee berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan RM50,000 di bawah PENJANA serta sumbangan sarang kelulut daripada Jabatan Pertanian bagi komuniti itu.

Melalui PENJANA, kerajaan menawarkan pakej sumbangan barangan dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM500 (maksimum) dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti.

Sejak 2014 sehingga kini, seramai 124,988 orang termasuk dari sekolah, institusi, individu dan komuniti di 5,065 lokasi seluruh negara telah terbabit dalam program pertanian bandar.

Seorang daripada peserta program itu, Hamidah Ibrahim, 69, yang mengusahakan tanaman bayam brazil dan pegaga, berkata pada mulanya dia mengeluarkan modal sendiri dan terpaksa berdepan dengan risiko penyakit menyebabkan ada tanaman yang tidak menjadi.

“Namun selepas mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian, hasil tanaman telah menampakkan kejayaan dan telah dapat digunakan komuniti serta juga dijual di pasar sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan barangan dapur,” katanya. – BERNAMA

One Comment on “5 Kumpulan Sasar Projek Pertanian Bandar Boleh Mohon Peruntukan Sekarang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *