Susah Sangatkah Menanam Rock Melon? Apa Masalah Yang Timbul?

Susah Sangat Ke Menanam Rock Melon (1)

Susah Sangatkah Menanam Rock Melon? – Ya! Sangat Susah jika menanam tanpa ilmu pengetahuan seperti saya yang menanam secara ‘cuba-cuba’ dan berguru melalui tontonan video di Youtube sahaja. Sebaiknya kena berkursus dahulu sebelum menanam bagi mengelakkan kekecewaan dan kerugian.

Untuk menanam apa jua tanaman, kita perlu memahami bagaimana kitaran hayat tanaman dari peringkat semai sehingga tuai.

Biji benih yang digunakan adalah Sakata Glamour Rock Melonhttps://shp.ee/5etb5ud

Saya ada menanam rock melon baru-baru ini. Sebenarnya ianya adalah kali kedua saya cuba menanam dengan kaedah yang berbeza. Pada kali pertama, saya menanam menggunakan kotak polisterin dan media tanamnya adalah tanah hitam dengan campuran sekam padi dan arang sekam. Hasilnya tidak memberangsangkan walaupun dapat merasa hasilnya, buah yang kecil comel namun manis.

Hasil daripada buah tersebut, saya ambil bijinya dan semai semula dan menanam dengan polibeg dan media tanamnya cuma cocopeat sahaja. Pada mulanya saya bercadang ingin memasang sistem fertigasi namun tidak menjadi disebabkan beberapa faktor teknikal.

Semaian menggunakan biji buah rock melon yang ditanam batch pertama.
Semaian menggunakan biji buah rock melon yang ditanam batch pertama.

Saya menggunakan baja AB dan digabungkan dengan baja butiran NPK. Siraman dibuat secara manual.

Menjadikah Tanaman Rock Melon Kali Ke-2?

Saya boleh katakan 50% sahaja menjadi setakat ini. ‘Batch’ kedua saya cuma menanam 7 pokok sahaja. Daripada jumlah tersebut saya pecahkan kepada 2 kaedah lain seperti;

  1. Tanam secara gantung (5 pokok)
  2. Tanam menjalar di tanah (2 pokok)
Pokok rock melon dipindagkan ke polibeg
Pokok rock melon dipindagkan ke polibeg
Bunga betina rock melon kelihatan selepas seminggu bunga jantannya keluar.
Bunga betina rock melon kelihatan selepas seminggu bunga jantannya keluar.
Bunga yang berjaya didebungakan menjadi buah.
Bunga yang berjaya didebungakan menjadi buah.

Apa yang perlu dibuat semasa menanam rock melon?

Menanam rock melon atau apa saja tanaman memang ada prosedur (SOP) yang perlu diikuti seperti membuat kawalan serangga perosak, membaja dan membuat pangkasan.

Saya akui, saya banyak melangkau SOP tersebut dengan penanaman dan penjagaan yang sangat minima.

Saya cuma sekali sahaja membuat semburan racun kulat dan tiada lagi semburan lain selepas itu. Niat saya memang nak tahu apakah serangga perosak  yang banyak di kawasan sekitar saya. Selepas sebulan, ternyata masalah pelombong daun dan lalat buat adalah punca utama merencatkan kesuburan pokok yang saya tanam.

Saya masih tidak membuat semburan racun perosak namun saya ambil inisiatif meletakkan beberapa pelekat kuning untuk menarik perhatian serangga perosak. Ternyata ianya berhasil juga namun tidaklah sepenuhnya. Sekurang-kurangnya saya dapat mengawal populasi serangga perosak tersebut.

Apakah masalah lain yang timbul?

Saya menanam tanpa mengkaji cuaca dan memikirkan taburan hujan. Pokok yang saya tanam pernah kena banjir kilat selama 2 hari  selepas hujan turun dengan lebat. Tempat kediaman saya agak rendah dan mudah dinaiki air.

Banjir kilat selama 2 hari menyebabkan bunga jatuh, dan daun menguning.
Banjir kilat selama 2 hari menyebabkan bunga jatuh, dan daun menguning.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan cuma berharap pokok mampu bertahan.

Pokok rock melon berjaya bertahan dan semakin subur.
Pokok rock melon berjaya bertahan dan semakin subur.

Syukurlah juga kerana air hujan tidak merosakkan akarnya. Pokok masih hidup walaupun kelihatan banyak bunga yang ada sebelum hujan jatuh ke tanah selepas hujan. Disebabkan hujan juga, saya tidak membuat siraman menggunakan baja AB. Saya ganti baja menggunakan baja butiran NPK sahaja.

Buah rock melon semakin membesar
Buah rock melon semakin membesar. Saya balut dengan tisu untuk elak suntikan lalat buah.

Saya mengalami masalah kehabisan stok Baja AB dan stok lambat sampai. Maka, saya terpaksa menggunakan baja NPK sahaja sebagai ganti.

Selepas 45 hari di pindah tanam.
Selepas 45 hari di pindah tanam. Nampak serangan kulat dan pelombong daun.
Saya bungkus dengan plastik elak suntikan lalat buah.
Saya bungkus dengan plastik elak suntikan lalat buah.

Begitulah sedikit pengalaman saya cara menanam rock melon tanpa SOP ketat. Nanti saya sambung lagi dan update hasil buahnya.

Perkembangan tanaman yang lain boleh dilihat di;

Facebook : https://www.facebook.com/NacqrisBackyardGarden

Youtube : https://www.youtube.com/nacqrisbackyardgarden

TikTok:  https://www.tiktok.com/@nacqrisbackyardgarden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *